PERUTUSAN PENGETUA


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1MALAYSIA


Perkembangan pesat dan kemajuan dunia teknologi maklumat pada masa kini menyaksikan kebanyakan organisasi dan institusi, jabatan kerajaan mahupun swasta melangkah setapak lagi dengan membina dan menghasilkan laman web sendiri untuk tujuan kebaikan.

Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan kemudahan ini mendatangkan impak yang positif kepada warga sekolah, masyarakat luar yang mempunyai kait rapat dengan sekolah kerana banyak faedah yang boleh didapati. Antaranya, paparan pelbagai maklumat terkini, pemberitahuan, pengumuman, arahan, pekeliling, diskusi, perancangan dan sebagainya.

Sejajar dengan itu, Sekolah Menengah Saujana,Setiu yang sememangnya dari awal lagi menekankan penggunaan ICT dalam kalangan warga pendidiknya turut serta membangunkan laman blog sendiri bagi tujuan memudahkan warga pendidik, pelajar, ibu-bapa dan masyarakat semua mengakses sebarang informasi berkaitan dengan sekolah.

Menerusi laman blog ini, pelajar dan guru serta individu lain boleh menyuarakan pendapat dan sumbangan idea kreatif melalui e-mail. 

Harapan saya, semoga langkah ini dapat membantu sekolah mencapai matlamat untuk menjadi sekolah yang cemerlang dalam semua aspek. Akhir bicara, terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada semua warga SMK Saujana yang telah bekerjasama dan berkolaborasi untuk membina dan menghasilkan laman blog sekolah ini untuk tujuan yang murni.



"GURU NAK MENGAJAR MURID NAK BELAJAR " 

Sekian, 

(MAZELAM BIN JAAFAR)
Pengetua SMK Saujana Setiu 

No comments:

Post a Comment